Khamis, 3 September 2015

Apa la jenis manusia

Susah kan..

Bila kite ni nak bekerja dalam situasi org yg suka "sentap"

Penat wei nak jaga hati org. Hati kite ni pun kadang2 kite terpaksa ketepikan.

Tambah sebelum ni berkawan..pastu gaduh.

Bila dah gaduh. Cam periuk api aku rasa lantai opis tu..hahaha.. yela.. dr ramai yg nak bercakap dgn aku. Alih2 tibe2 ada yg xnak tegur. Ni satu lagi perangai dok mengadu dombak n menghasut.aduyai...

Benci perangai cmni. Aku kadang2 jenuh dok pikir pe la musibat sgt perangai manusia cmni. Yela.  Kite ni bukan dok dlm dunia ni selama2 lamanya n kite ni ada org2 yg kite syg.

Pernah dgr karma?

"Kalu x kena kat kamu. Pasti kena pada org2 yg kami syg.jadi jgn buat org. Dunia ni berputar"

Sabtu, 8 Ogos 2015

Bukan ct payung atau bukan ct nurhaliza tetapi...

Suka minum kongsi cawan
Dia adalah kawan

Pergi kedai beli coklat
Pipi kite dua2 bulat

Haha..pe pantun tu. Kelaut.

Dlm byk2 kawan yg aku ada... ct ni yg paling gila.

Sebab apa?..

Dia dgn aku leh gelak smpai perut bergoyang x hengat

Dia dgn aku boleh borak 24 jam non stop kalu mata aku x gantok

Dia dgn aku boleh bergambar dekat mana2..celah tangga... celah lif (opppss.. entah muat ke tidak badan aku)..
Org tgh dok ceramah.. sempat berdrama janji selfie..

Dia dgn aku leh kongsi cite suka atau duka.

Dia dgn aku leh makan non stop smpai perut sebu (terpaksa cr eno) ** bab ni lawak.

Dia dgn aku leh bg isyarat mata je (aku dah faham pe dia nak ckp  dia pun faham apa aku nak gelak)

Walau aku dgn dia jauh... x sama bahagian (walau satu majikan) tp kami xpernah jarakkan hubungan tu.

Sbb apa  sbb itu la kawan.

Dia setty katty .syg ko ketat2 beb..

Tq sbb sudi jadi sahabat aku...

nak peluk tp confirm x melekat pelukan kite ni... silap2 melantun balik...hehehe






Hari2 penuh penantian

Sejak orked dah xde.. aku ni menjalani hidup2 penuh kesunyian.

Cewah...

Pejam celik pelik celik orked dah 10 bulan lebih umurnya. Tu bermakna dekat 7 bulan orked dah pergi.

Cmne la muka dak debab tu skrg.

Fikir2 sakit hati bila igat muka mak kandung orked tu. Tp xpalah. Ujian Allah nak bg. Kena terima gan hati yg redha.

Raya tahun ni pun x semeriah yg aku sangka. Bukan apa ..mind set tu dah dok fikir shoppping baju anak bawak anak jalan2... tp xde rezeki nampaknya ke arah tu.

Ari tu aku br call JKM putrajaya. Baiknya pegawai tu.  Dia kata nama aku dah masuk senarai menunggu. Ada rezeki ada la. Kena byk doa.

Br2 ni pun ada kenalan bg tau nnti dia tanya2 kalu de org nak bg anak.

Dlm pada aku ni dok sibuk menanti anak baru. Macam2 masuk dlm paper.. macam2 masuk dlm fb. Bayi dibuang lam bayi dijumpai la. Emmmmm sedih. Rasa nak buat iklan

"SILA BG PADA SY"

Kan... dah tentu2 aku ni memerlukan..

Jumaat, 3 Julai 2015

KAWAN ++ LAWAN



Kita ni baik macam mana pun akan tetap ada orang yang x kan suka

Tu adat la…

X semua org akan bantu kita untuk naik keatas..

Kadang2 kita plak yg dipijak utk dia smpai keatas

X kira la baik muda walaupun tua..

Ada yg tua pun otak pun x berfikiran mantang…

Tu biasalah..tambah kalau dalam situasi bekerja…

X semua yg bagi kita “GULA” x kan letak “GARAM”

Bodek bos
Kipas bos
Nak anugerah

Itu semua ayat klise yang menyakitkan hati…

>> penat lelah kita yang keje non stop ni awak tau ke?
>> setakat awak mengata org dengan menghabiskan air liur awak

Dah la.. jaga hal masing2… rezeki tu dah ditetapkan….

Khamis, 2 Julai 2015

BERMIMPILAH


PERGILAH
KETEMPAT TEMPAT YANG INGIN KAMU PERGI
JADILAH
SEPERTI YANG KAMU INGINKAN
KERANA
KAMU HANYA MEMILIKI SATU KEHIDUPAN DAN SATU KESEMPATAN UNTUK MELAKUKAN HAL HAL YANG INGIN KAMU LAKUKAN

Kadang – kadang kita rasa hidup kite ni terlalu sukar…
COMPLICATED….

Kadang kadang hidup ni x seindah mimpi

Mimpi pun x selalu indah..kadang2 mimpi ngeri

Itu la dinamakan warna kehidupan…

Aku teruskan hidup… tanpa orked imaani disisi…

Belajar hidup berdua.. menjalani rutin harian seperti biasa….

Ramai pertikai… dan bertanya

“tidak redha kah aku?”
“tidak usaha kan aku mencari?”

Ikut hati ingin ku jejaki si bunga..
Aku redha..aku pasrah.. namun dah nama anak.. sapa yang tak rindu.. sapa tak sayang.. sapa yg x ingat…

Kadang2 xsemua org akan mengerti apa yang kita rasa…

Kadang2 x semua org akan faham apa yang kita alami..

Di part kita plak…. Biarlah org nak fikir apa.. biarlah org nak kata apa…
Org x duduk sekali gan kita
Org x tido sebantal dgn kita
Org x makan sepinggan dgn kita

Lain org lain coraknya perangainya!

Selasa, 17 Mac 2015

Dugaan !!! Ya Allah tabahkan hati hambaMU

ORKED IMAANI

itu la nama yang aku simpan dengan baik.

khas utk anak angkat yang bakal aku dapat

atau anak sendiri yang aku lahirkan

kenapa nama orked?

aku suka..klasik + teringin nak nama bunga..

OKTOBER

aku diberitahu ada orang nak kasi baby.. OMG

serius teruja..tau2 plak gegurl..ooooo mmg teruju rasa nak melompat2...

comel + cantik + manis

kena dengan nama Orked Imaani

tp takdir Allah

Allah menentukan rezeki + ajal + maut + jodoh.

siapa kita utk menindakkan nya..

kena percaya pada qada dan qadar.. walaupun kadang2 hati tersasar....

aku dapat jaga Orked cuma 3 bulan 12 ari......


## betul org kata... kadang2 kite x boleh terlalu percaya pada orang.. manis dimulut x semestinya baik dihati##

janji manusia.. kadang2 dimungkiri...

Aku masih igat tangisan orked buat kali terakhir.. aku masih boleh bau haruman badan dia.. dia tetap anak susuan aku..

air susu yang mengalir dalam badan dia.... akan sampai bile2 menjadi darah daging.

sehingga skrg... 24hb Mac 2015 orked genap 5 bulan..

aku dah xdengar kabar berita... jauh sekali melihat dia...


## igat lagi kata2 ibu kandung dia##
"äwak cuma jaga dia 3 bulan.. akak mengandung dia 9 bulan sakit melahirkan dia"



cuma org yang xde perasaan sanggup tergamak cakap aku macam tu..

3 bulan mmg Nampak zahirnya jangka masa yang pendek...

tp aku yang melaluinya?


hanya tuhan yang tahu.....

semoga orked menjadi budak yang baik... aku senditasa doakan dia..aku halalakn setiap titik susu yang orked minum dari badan aku...

ni gambar anak angkat aku..


gambar kami bersama


kecik je orked time ni...



orked dah mula debab...

Jumaat, 20 Februari 2015

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu


kadang- kadang org melihat x sama dengan menangggung

ramai kata.. lupakan.. buang jauh2 kenangan dengan orked..

tp aku?

aku redha orked milik aku..

tp sebagai ibu.. rindu mmg susah nak buang..

rindu.

aku pujuk hati...

tabahkan hati

pejam mata Nampak senyuman dia

bile tido termimpikan dia

bila aku duduk seseorang aku terdengar tangisan dia..

kehulur kehilir dalam rumah aku masih terbayangkan kelibat dia...

rindu..

begitu panahan rindu...


hanya mampu berdoa dari jauh..moga orked diberkati dan dibawah lindungan Allah...

Isnin, 9 Februari 2015

Selasa, 13 Januari 2015

I-K-H-L-A-S




ikhlas..

macam mana kita nak mencari ikhlas...


senang bila berbicara..tp payah nak dpt keikhlasan tu..

kadang - kadang kita bersikap pentingkan diri sendiri..

ada masa kita hanya fikir ttg diri.. bak kata org..lepas tekak sendiri

tp kite sering lupa..

dalam hidup ni kite perlu berkongsi...

kongsi byk maksudnya..

kongsi kegembiraan

kongsi kekayaan

kongsi kesenangan

kongsi senyuman

tp pernah kan kita lakukan?


aku pun kadang - kadang ada masa terlupa.. alpa dgn hidup...

satu hari dok melayan you tube... terbukak video ni..https://youtu.be/muItcn9caZE

sejujunrya membuka mata hati aku...


bila kita ikhlas memberi banyak manfaatnya...